Impian Tinggal Impian Part 1

Hai Miss Blogger...

aku rasa kau tahu apa yg aku nak citer kat entry nie kan??..tengok je pada title mesti kau dah boleh baca...aku sebenarnya baru je lepas call my mom...aku sampaikan hasrat nak sambung degree lepas aku grade dari kolej nie...kemasukan bulan September depan...aku rasa result aku melayakkan aku sambung belajar lagi...itulah impian aku dari dulu lagi...satu2xnya impian yang tak pernah dapat aku capai bila aku terdampar di negeri Cik Siti Wan Kembang nie...

Miss Blogger,aku dah tak tahu nak berkongsi ngn sapa apa yang aku rasa sekarang...aku tak berani nak melawan kemahuan my parents...aku sayang kedua-duanya...tapi aku rasa selama nie aku terlalu mengikut kata my parents///tolak tawaran kemasukan ke matrikulasi hanya kerana sekeping tiket penerbangan bernilai RM270....berbaloikah pengorbanan aku selama nie???...Berbaloikah 3 tahun aku di KTD??...aku rasa sangat terkebelakang...aku boleh pergi jauh dari siapa aku skrg...mungkin aku dah dpt sambung belajar ke oversea lau aku sambung matrikulasi...mungkin juga aku dah dapat sambung dalam bidang yang aku minat kalau aku pilih untuk tidak datang ke KTD....

Hari nie aku terbuka hati utk view page UPU...aku view semua syarat kemasukan utk course yang aku minat...medical mmg aku dah tak layak...tapi aku masih layak utk FIZIK KEJURUTERAAN...aku excited sgt nak sambung belajar,Miss Blogger...aku tak nak kawan2x aku pandang rendah pada aku sbb aku cuma budak lepasan DIPLOMA dari KOLEJ TEKNOLOGI DARULNAIM...kolej yang tidak dikenali orang lain...aku betul2x tercabar...tapi apa kan daya...impian aku tinggal impian...my mom xmengizinkan aku sambung belajar...duit boleh dicari tapi tidak impian aku...aku dah kehilangan masa 3 tahun utk itu...aku bazirkan masa di kolej selama 3 tahun....tiga tahun dalam hidupku yang aku sangat2x sesali....

Kenapa akhirnya aku di sini???...tertinggal keseorangan???...tiada orang yang memahami aku???...aku tak layakkah utk dapat apa yang aku mahu dalam hidup???...hidup aku yang sentiasa dipandang rendah orang lain???...orang lain yang sentiasa menghina aku???...tidak layakkah aku utk berjaya dalam hidup???...semua persoalan tue aku xda jawapan....





till then,Miss Blogger...got  to go....

No comments:

Post a Comment